Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sejak Anak Pertama Sampai Anak Kedua Masih Kuno Lagi?’ – Zalif Sidek

    ‘Sejak Anak Pertama Sampai Anak Kedua Masih Kuno Lagi?’ – Zalif Sidek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Zalif Sidek menyarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaik taraf sistem perkhidmatan di klinik kesihatan bagi memastikan keselesaan orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah, B40.

    Artikel berkaitan: Zalif Sidek Syukur Timang Cahaya Mata Sulung – ‘Isteri Berjuang Hampir 13 Jam’ 

    Kecewa masih guna sistem lama

    Memetik laporan Harian Metro, Zalif meluahkan rasa kecewa apabila klinik kesihatan kerajaan masih menggunakan sistem perkhidmatan yang lama.

    Saya bukan sesuka hati nak marah atau kecam mana-mana pihak cuma ini sudah 2024 takkan tak ada perubahan untuk khidmat rakyat di klinik kesihatan kerajaan?

    Saya berulang alik ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan anak dan isteri di Kuantan sejak anak pertama pada tahun lalu sampailah anak kedua tahun ini tapi sistem dan perkhidmatan yang digunakan masih lama dan ‘kuno’ lagi?

    Tambah Zalif, dia juga tidak berpuas hati dengan kemudahan dan struktur klinik yang kelihatan seperti bangunan terbengkalai.

    Tempat menunggu giliran doktor juga perlu dinaik taraf. Dalam klinik penuh dengan kipas tetapi tiada alat penghawa dingin untuk keselesaan orang ramai ketika cuaca panas.

    Paling sedih bilik untuk rawatan doktor ala zaman P Ramlee dan tiada privasi untuk pesakit di mana satu meja kongsi dengan dua doktor yang merawat pesakit berbeza.

    Malah, sistem giliran tidak efisien dan layanan buruk yang diterima turut menjadi persoalan Zalif.

    Selain itu, pesakit juga perlu menunggu empat hingga lima jam untuk giliran bertemu doktor. Itu belum lagi layanan tidak mesra dari jururawat yang berwajah masam seperti bawa masalah peribadi ke klinik?

    Terdahulu, Zalif meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan sistem dan perkhidmatan di klinik kerajaan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    ALSO READ:  Keajaiban: Norreen Iman Bersemangat Sebagai Tetamu Allah SWT – ‘Hari Kelahiran Saya, Di Mekah..’

    Rata-rata pengikut bersetuju dengan luahan Zalif itu dan meminta pihak KKM mengambil tindakan segera untuk menaik taraf sistem dan perkhidmatan disediakan kepada orang ramai.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts