Selebriti media sosial, Caprice berkata, sejak kebelakangan ini dia sedikit lambat untuk mengambil kes-kes baru di media sosial.
Minta maaf guys!
Menurut Caprice, dia agak sedikit sibuk selepas dikurniakan cahaya mata, baru-baru ini.
Tambah Caprice, dia memohon semua pihak memberi sedikit masa kepadanya untuk membina sebuah pasukan yang lebih besar demi membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Saya minta maaf korang. Sejak baby keluar kita memang lambat sikit nak ambil kes-kes baru. Bagi saya sedikit masa untuk membina pasukan yang lebih besar. InsyaAllah.
Terdahulu, Caprice berkata Aliff ada menghubunginya dan memberi semua bukti-bukti dakwaan curang yang dilakukan isterinya, Bella Astillah bersama pelakon Muaz Zabir.
Aliff kemudian bertindak dengan membuat laporan polis berhubung kes tersebut selepas dinasihati oleh Caprice. Dalam pada itu, pempengaruh berusia 35 tahun tersebut turut mendakwa bahawa Bella juga ada menghubunginya.