Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip Sudah Dua Bulan...

    ‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip Sudah Dua Bulan Menetap Di Sarawak, Ambil Masa Tenangkan Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hafiz SuipHafiz Suip

    Tiga tahun ‘menyepi’, penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.

    ‘Berehat seketika’

    Hafiz SuipHafiz Suip

    Sebaliknya, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia mengambil keputusan untuk berehat seketika disebabkan berdepan dengan masalah yang enggan dikongsikan secara terperinci.

    Sebenarnya saya tak kata nak tinggalkan industri atau merajuk, tidak pernah. Cuma saya rasa macam nak berehat sekejap. Nak Tarik nafas, sebab dengan keadaan di mana kita pun ada masalah sendiri.

    Jadi, saya rasa tiba masa untuk berehat sekejap. Saya sentiasa ada dalam industri, cuma kurang diri saya nak menonjol seperti dahulu.

    Saya kena terima, apa yang saya maksudkan sudah tidak relevan sebelum ini, begitulah. Benda ini hakikat di mana adanya orang baharu, orang lama ini tenaga dah tak sama seperti dulu. Sudah tentu beri kesan kepada kita.

    Hafiz berkata demikian ketika ditemui usai membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Kemunculan Hafiz di konsert itu sekali gus telah mengubat kerinduan peminat yang turut memberi sorokan serta ‘standing ovation’ terhadapnya.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Masih Jelas ini menyedari dirinya pernah berada dalam keadaan ‘meroyan’ namun menganggap itu merupakan fasa di mana semua manusia juga melaluinya.

    Sejujurnya saya dalam keadaan tidak baik. Mungkin waktu itu semua orang tengok saya macam meroyan. Saya sedar apa yang saya buat, kenapa saya jadi macam itu. Saya sedar yang saya juga manusia biasa.

    Hiburkan hati

    Hafiz SuipHafiz Suip

    Sementara itu, juara Akademi Fantasai 7 ini memberitahu dia banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti memancing di kampung halaman, Kuching, Sarawak untuk menghiburkan diri.

    Saya banyak habiskan masa untuk gembirakan diri sendiri. Asyik saya hiburkan orang, jadi tiba masa saya hiburkan diri saya dengan aktiviti saya selalu buat.

    Macam memancing, saya pergi jumpa ibu ayah saya. Saya sekarang memang menetap di Kuching, sejak dua bulan lalu. Dekat kampung pun, saya menjana pendapatan juga.

    Saya seronok, saya sewakan bot, walaupun tak ada mahal tapi harga itu sangat memorable, tak boleh dibeli.

    Dalam perkembangan lain, Hafiz memberitahu dia bakal mengadakan konsert solo di Kuching pada 13 Oktober depan.

    ALSO READ:  Peniaga Sumbat Kemal*an Isteri Dengan Botol Air Panas Sampai M*ti, Jual Soto Guna Daging Isteri & Bagi Pelanggan Makan Secara Percuma

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts