Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, January 12, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSekadar Gimik! Amira Othman Jelaskan Hubungan Istimewa Bersama Fattah Amin

    Sekadar Gimik! Amira Othman Jelaskan Hubungan Istimewa Bersama Fattah Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, video rangkuman 2024 milik Amira Othman mencuri perhatian apabila terdapat kelibat seorang lelaki yang didakwa adalah Fattah Amin.

    Nama Jadi Bualan Ramai

    Selang beberapa hari, nama mereka mula menjadi bualan dan didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

    Malah Amira turut meninggalkan komen pada video milik Fattah yang berkongsi mengenai ciri-ciri wanita pilihan selepas menyedari namanya dipetik.

    Sejak kejadian tersebut, di media sosial sejak kebelakangan ini seringkali dikaitkan nama penyanyi Amira Othman dengan pelakon Fattah Amin apabila mereka didakwa mempunyai hubungan istimewa.

    Tiada Sebarang Hubungan Istimewa

    via Instagram Fattah Amin

    Terbaru, Amira Othman akhirnya mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Fattah Amin.

    Sebaliknya penyanyi itu mengaku, dia hanya menggunakan populariti Fattah untuk menjayakan muzik video terbaharunya yang berjudul ‘Bila Nak Kahwin’.

    Saya mengaku memang saya menumpang populariti Fatah.

    Tetapi itu pun setelah perbincangan dilakukan pihak pengurusan kedua-dua belah pihak dan kesemuanya bersetuju.

    Itu sekadar gimik

    Amira juga mengakui bahawa dia juga turut menumpang populariti Fattah dan apa yang dikatakan oleh warga net sebelum ini hanyalah gimik setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

    Mohon Maaf Jika Ada Yang Kurang Senang

    Dalam pada itu, Amira juga tidak menafikan sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan Fattah sudah pasti menerima tempias populariti pelakon lelaki berkenaan.

    Bagaimanapun saya harap gimik bersama Fattah tidak disalah erti dan tidak keterlaluan pada mata orang ramai.

    Jika ada yang kurang senang saya mohon maaf.

    Malah Amira turut menyatakan bahawa dia mengharapkan gimik ini tidak keterlaluan dan disalah erti oleh warga net.

    Dia juga memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan gimik yang dilakukan olehnya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts