Hari ini, bintang rap, penyanyi, penari dan ikon gaya terkenal dunia, LISA (Lalisa Manobal), mengeluarkan single terbaharu beliau, berjudul “Rockstar,” melalui LLOUD Co./RCA Records.
Menonjolkan Kemampuan Lisa
Dengarkan “Rockstar” di sini. “Rockstar” memperlihatkan kemampuan LISA yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga.
Lagu baharu ini diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee.
Selain lagu tersebut, LISA juga berkongsi video rasmi “Rockstar” arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.
Dirakam di Bangkok, video ini memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand dan kehidupan jalanan Thailand yang asli saat dia menampilkan dirinya sebagai seorang bintang rock sejati dengan selingan koreografi yang memukau.
Memecahkan Rekod Dunia
LISA pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikToknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapatkan 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit.
Selepas dia mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, ia disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan dari para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain.
“Rockstar” adalah single solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, LLOUD Co., bersama RCA Records.
Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh LISA dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.