Amalan sihir, santau dan ilmu bercanggah ajaran Islam didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di negara ini.
Sihir adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.
Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan tentang penangan ilmu sihir termasuk menggunakan susuk dan jampi serapah untuk kelihatan cantik, menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan suami isteri, ilmu pukau dan santau untuk menganiaya orang lain selain mendatangkan penyakit mental dan fizikal kepada mangsa.
Berbahas soal ini, tiada angin tiada ribut, baru-baru ini pelakon Nonny Nadirah tiba-tiba meluahkan kemarahan terhadap seseorang yang didakwa tidak berhenti mengganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu sehingga ke hari ini.
Pemilik nama penuh Nonny Nadirah Zainuddin itu mendedahkan individu terbabit sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk membabitkan pilihannya membuka tudung.
“Aku berubah kerana Allah, bertudung, solat. Macam-macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.
“Tiga tahun aku diam. Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan, apa lagi yang kau nak buat?
Dalam hantaran sama, pelakon berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak memberikan justifikasi membuka tudung, selain mengeluarkan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak sesekali mempermainkan isu agama.
“Orang lain buka tudung, gembira siap melaram, aku tidak.
Pada masa sama, Nonny turut meluahkan kekesalan atas tindakan individu yang menghantar sihir kepadanya.
Sebelum ini, dia pernah berkongsi keadaannya yang berdepan gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu.