Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sekurang-Kurangnya Tahu Saya Boleh Hamil, Kalau Tak Berjaya Juga Baru Kami Buat...

    ‘Sekurang-Kurangnya Tahu Saya Boleh Hamil, Kalau Tak Berjaya Juga Baru Kami Buat IVF’ – Elizabeth Tan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Elizabeth Tan masih menunggu rezeki untuk dikurniakan zuriat selepas mengalami keguguran pada Februari lalu.

    ‘Saya dan suami okay jika nak buat IVF’

    Ketika ditemu bual , Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr Siew Jim Ding masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata pertama setelah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga.

    Untuk tahun ini sejujurnya saya memberi fokus untuk mendapatkan anak. Lepas keguguran bulan 2 hari tu, sejak daripada itu sehingga sekarang, masih belum dapat lagi (baby).

    Tambah pelantun lagu Police Entry ini lagi, dia dan suami tidak menolak melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) demi memiliki zuriat tetapi dalam masa yang sama mereka tetap berusaha secara semula jadi.

    Saya dan suami okay jika nak buat In vitro fertilisation (IVF) tapi kami nak bagi masa untuk diri sendiri selama setahun lebih. Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa saya boleh hamil. Kalau tak dapat melakukannya secara semula jadi, baru kami akan pergi konsultasi IVF.

    Dalam pada itu, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy akui emosi dan kesihatannya sedikit terganggu selepas keguguran itu.

    Saya ingatkan nak dapatkan anak itu mudah tapi sebenarnya tidak. Saya tak sangka tubuh badan saya bertindak sedemikian. Selepas beberapa bulan kemudian, hormon saya terganggu sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan menjalani rawatan. Tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi.

    Sementara itu, Lizzy berkata dia juga menjaga kesihatan dengan melakukan senaman dan berharap ianya membantu dalam usahanya memiliki zuriat.

    Saya juga selalu melakukan senaman kardio setiap minggu agar badan lebih sihat dan juga mengamalkan pemakanan sihat.

    Hasrat Elizabeth Tan dan suami untuk menimang cahaya mata pertama masih belum kesampaian apabila mengalami keguguran sekitar Februari.

    ALSO READ:  [VIDEO] POV Bila Temu Duga Kerja Secara Atas Talian – ‘Parking & Berhenti Motor Tepi Dulu’

    Sekadar info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts