Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSelain Cha Eun Woo, Ini Adalah 3 Selebriti Korea Yang Akan Datang...

    Selain Cha Eun Woo, Ini Adalah 3 Selebriti Korea Yang Akan Datang Ke Malaysia Pada Tahun 2024!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peminat Kpop kini tidak hanya tertumpu di Korea Selatan tetapi telah menyebar ke seluruh dunia. Di mana-mana negara pasti terdapat individu yang meminati idol Kpop atau bintang Kdrama, sama ada dari segi rupa paras, nyanyian, lakonan, atau personaliti idol tersebut.

    Peluang yang jarang berlaku adalah apabila selebriti Korea memilih negara tertentu untuk mengadakan konsert jelajah atau perjumpaan dengan peminat sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan dan untuk lebih dikenali oleh ramai.

    Pada tahun 2023, banyak selebriti Korea telah memilih Malaysia sebagai salah satu tempat untuk dikunjungi. Antara mereka adalah kumpulan idola wanita Mamamoo, Blackpink, Kim Sen Ho, Bambam, Kim Sejeong, Lee Seung Gi, Lee Jun Ho dan ramai lagi.

    1. CHA EUN WOO (ASTRO)

    VIA PINTEREST

    Cha Eun Woo merupakan penyanyi dan pelakon yang sangat popular. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan idola Kpop lelaki iaitu ASTRO yang berada di bawah agensi Fantagio. Cha Eun Woo yang dilahirkan pada 30 Mac 1997 mempunyai ketinggian 1.83 meter yang membuatkan fizikalnya kelihatan menarik. Beliau juga telah membintangi pelbagai drama popular termasuk True Beauty dan lain-lain.

    Cha Eun Woo akan mengunjungi Malaysia pada 9 Januari 2024 atas anjuran Skechers di TRX.

    2. MARK TUAN (GOT7)

    VIA PINTEREST

    Mark Tuan dikenali dengan bakat rapnya yang hebat dalam kumpulan idola Kpop lelaki iaitu GOT7. Kebanyakan lagu mereka yang mempunyai bahagian rap diisikan dengan suaranya. Mark Tuan juga dikenali di seluruh dunia kerana bakat dan rupa paras menawan, serta beliau mempunyai 14 juta pengikut di Instagram dan 3 juta pengikut di YouTube.

    Konsert bertajuk ‘The Other Side’ Asia Tour 2024 akan berlangsung di Zepp KL pada 6 Januari 2024 yang menjanjikan pengalaman yang mempersonakan buat peminat-peminat yang hadir.

    ALSO READ:  “Saya Tak Layak Pegang Gelaran Biduanita Negara Ke-3”- Ziana Zain Tak Yakin Meskipun 35 Tahun Dalam Industri

    3. IVE

    VIA PINTEREST

    IVE ialah kumpulan idola Kpop wanita yang ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri daripada 6 orang ahli, iaitu Yujin, Gaeul, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo.

    Kumpulan IVE membuat debut pada 1 Disember 2021 dengan album single pertama mereka yang berjudul ELEVAN. Nama IVE adalah singkatan daripada maksud ‘I Have’ (Saya Ada). IVE mempunyai kelab peminat dari seluruh negara yang dikenali sebagai DIVE.

    Kumpulan IVE mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert jelajah dunia dan salah satu negara yang dikunjungi ialah Malaysia. Konsert jelajah IVE bertemakan ‘SHOW WHAT I HAVE’ akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.

    4. F.T. SLAND

    VIA PINTEREST

    F.T. Island, atau FTISLAND, ialah sebuah kugiran yang berasal dari Korea Selatan. Mereka memulakan debut pada tahun 2007 dan melalui beberapa rancangan, lagu-lagu mereka mula dikenali ramai. Album debut mereka, Cheerful Sensibility, merupakan album keenam yang paling laris pada tahun 2007. Lagu debut mereka, “Mabuk Cinta” (사랑앓이) berada dalam carta K-Pop selama 8 minggu berturut-turut. Kelab peminat rasmi mereka dipanggil “Primadonna” dan warna rasmi kelab ini ialah “kuning sinaran mentari” serta para peminat membawa bendera kuning rasmi yang dikenali sebagai “pentasticks”.

    FTISLAND akan mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari 2024.

    Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti Korea yang akan datang ke Malaysia pada tahun 2024. Apa pendapat anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts