Bagi peminat filem Filipina, pasti mengenali pasangan selebriti yang sangat manis ini iaitu Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla.
Kathryn dan Daniel yang telah menjalin hubungan cinta selama 11 tahun, akhirnya mengumumkan mereka telah berpisah baru-baru ini. Berita mengenai hubungan mereka itu dikongsi oleh kedua-duanya di Instagram.
Menurut beberapa sumber, Kathryn dan Daniel dikatakan berpisah kerana kemunculan orang ketiga.
- Ryu Jun Yeol-Hyeri: Menjalinkan hubungan sejak tahun 2016, kedua-dua dikhabarkan telah memutuskan hubungan tanpa diketahui sebabnya.
- Avril Lavigne-Mod Sun: Menjalinkan hubungan lebih kurang 2 tahun dan sempat bertunang, pasangan ini mengambil langkah untuk berpisah.
- Taylor Swift-Joe Alwyn: Selepas 6 tahun, pasangan ini memutuskan hubungan kerana tiada kesefahaman dan personaliti yang serasi.
- Kylie Jenner-Travis Scott: Hubungan yang ‘on-off’ selama 6 tahun akhirnya ditamatkan secara kekal dan kini hanya jalankan tugas co-parenting.
- Lily James-Michael Shuman: Putus kerana kepadatan jadual berkerja dan ketidaksefahaman.
- Ahn Bo Hyun-BLACKPINK Jisoo: Mengesahkan hubungan pada 3/8/2023, pasangan ini dilaporkan berpisah pada 24/10/2023 kerana kekangan masa dan kerja.
Semoga mereka dapat menemui kebahagiaan masing-masing ye!