Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSelain Revenge Dress, Ramai Selebriti Suka & Tiru Semula Suka 6 Fesyen...

    Selain Revenge Dress, Ramai Selebriti Suka & Tiru Semula Suka 6 Fesyen Ikonik Milik Puteri Diana Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun Puteri Diana sudah lama tiada, fesyen-fesyen ikonik miliknya masih lagi ‘hidup’ dan ada peminatnya tersendiri.

    Memegang status sebagai seorang puteri dan isteri kepada putera mahkota, Puteri Diana perlu tampil bergaya di hadapan umum. Ketika inilah dia menunjukkan citarasa dan bakatnya dalam fesyen.

    Walaupun gayanya ‘lama’ untuk diikuti semula, tetapi masih ada yang cuba meniru fesyen-fesyen ikonik Puteri Diana. Nak tahu fesyen yang mana satu, lihat di bawah;

    1. Paling popular revenge dress Puteri Diana turut menjadi rujukan fesyen Rihanna. Gaun koktel puteri Diana yang off-shoulder ini sedikit pendek, manakala Rihanna pula panjang, di mana dia kenakan slit dress. Dua-dua nampak seksi kan?

    Foto – Pinterest

    2. Gigi Hadid pun pernah cipta semula gaya Puteri Diana iaitu dia memakai jaket berzip hitam-kuning dan jogger pants yang seakan-akan sama. 

    Foto – Pinterest

    3. Tak dilupakan juga gaya sporty Puteri Diana yang Hailey pernah gayakan juga iaitu padanan sweatshirt grafik dan biker short. 

    Foto – Pinterest

    4. Dan gaya jalanan 80-an ini juga pernah digayakan oleh Emily Ratajkowski. Dia mengenakan gaya dan shade yang sama iaitu blazer dalam rona earth tone serta seluar jeans vintaj. 

    Foto – Pinterest

    5. Antara gaya jalanan Puteri Diana yang agak popular dan ikonik adalah padanan topi besbol, t-shirt, jeans dan but koboi. Tetapi Hailey Bieber telah ubah sedikit gaya tersebut dengan mengenakan kasut tinggi. 

    Foto – Pinterest

    6. Nampak simple tapi gaun baldu off-shoulder dalam rona hitam yang dipakai oleh Puteri Diana ini pernah diolah semula oleh Angelina Jolie. Elak nampak kosong di bahagian atas badan, kenakan anting-anting seperti chandelier earring atau pun rantai jenis collar atau esclavage. 

    Foto – Pinterest

    7. Tak ketinggalan juga fesyen kasual Puteri Diana di mana Harry Styles juga pernah ‘tiru’ semula gayanya. Bercorak kambing biri-biri, Puteri Diana mengenakan pullover dalam rona merah, Harry pula kenakan vest dalam rona navy blue. 

    Foto – Pinterest
    ALSO READ:  Syatilla Melvin Luah Rasa Sebak Anak Sulung Sudah Boleh Jadi Imam Solat – ‘Tiada Paksaan, Dia Sendiri Mahu’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts