Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Selalu Kak KM Happy” – Kak KM Muat Naik Status Mengenai Suami...

    “Selalu Kak KM Happy” – Kak KM Muat Naik Status Mengenai Suami Di Instagram Jadi Tanda Tanya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasti semua warga maya mengenali Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang sering dikaitkan dengan imej seksi dan menjadi kontroversi.

    Sering Menjadi Perhatian

    Dia yang selalu memuat naik video di media sosial termasuklah Instagram, pastinya menjadi bualan dan komen warga maya.

    Bukan itu sahaja, sifatnya yang bersahaja dan ‘happy go lucky’ menjadi salah satu sebab kenapa ramai netizen yang menyukai ‘content’ yang dimuat naik di media sosial.

    IKLAN

    Bukan itu sahaja, netizen juga kadangkala turut memuji dengan cara dan sikap layanan Kak KM yang dikatakan ‘sporting’ ketika bersama anak-anak dan suaminya.

    Terbaru, satu hantaran di media sosial Kak KM menjadi bualan dan perhatian warga net.

    Memuat Naik Kenyataan Berkaitan Suami


    via Instagram Liana Rosli

    Dalam hantaran tersebut, Kak KM memuat naik sekeping gambar berlatarbelakangkan wajah Ustaz Azhar Indrus dan petikan ayat yang berkaitan dengan seorang suami.

    Jangan sibuk mencari kekurangan isteri. Kekurangan isteri tak ‘bahaya’. Sibuklah mencari kekurangan diri sendiri.

    Kekurangan kita dalam memimpin isteri akan membahayakan kita di akhirat nanti.

    Dan menyebabkan kita dicampakkan dalam api neraka.

    Petikan tersebut menyatakan bahawa suami tidak perlu sibuk dalam mencari kekurangan isteri dan kekurangan suami dalam memimpin isteri akan membahayakan suami di akhirat nanti.

    Netizen Memberikan Kata-Kata Semangat


    via Instagram Liana Rosli

    Muat naik tersebut mendapat perhatian dari warga net. Melihat diruangan komen, selain bertanyakan status yang dimuat naik, rata-rata netizen seolah-olah memberikan kata-kata semangat.

    Bukan itu sahaja, ada sesetengah netizen merasa pelik dengan status tersebut kerana Kak KM sering dikaitkan dengan sifat yang ‘happy go lucky’.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts