Buat pengguna lebuhraya, korang mesti tak asing lagi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah ataupun ELITE yang merupakan penghubung utama bagi lalu lintas arah utara dan selatan serta lebuhraya utama untuk ke KLIA.
Sekiranya korang pernah menggunakan Lebuhraya ELITE sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja atau destinasi lain, korang pasti akan ternampak satu billboard besar dari Gamuda Cove ni. Apa maksud billboard tu eh?
Untuk pengetahuan korang, selepas ini, pengguna Lebuhraya ELITE dah ada tempat untuk bersantai, berehat, dan segarkan diri kerana terdapat banyak kedai dan restoran yang telah dan bakal dibuka di Gamuda Cove menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan korang.