Geng pemilik kenderaan 4×4 sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila mereka dengan selambanya meletakkan kereta di kawasan merbahaya.
Selamba parkir tengah sungai
Menerusi foto yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai pemilik kenderaan jenis 4×4 sedang berkelah di sebuah sungai. Namun apa mencuri tumpuan ramai adalah tindakan mereka yang memarkir kereta di tengah sungai.
Meskipun air sungai tersebut tidak dalam dan deras namun ianya adalah sebahagian daripada tempat rekreasi dan bukannya kawasan untuk meletakkan kenderaan.
Wargamaya turut meluahkan rasa bimbang sekiranya berlakunya perkara tidak diingini seperti fenomena kepala air yang boleh mendatangkan bahaya kepada para pengunjung.
Dan begitulah, segelintir dari kita. Berduit, tidak berakal.
Sejak bila owner pick-up truck pernah ada akal? They are naturally keras kepala, pemarah, pembuli & samseng.
Makin besar kereta makin kecik kepala otak. Tu yang dihauknya kereta ke dalam sungai.
Kepala air sekarang dah lah besar. Nauzubillah
Ingat diri sendiri tak ingat orang lain.