Sebulan sudah kita berpuasa, kini tiba untuk umat islam bagi meraikan kemenangan diatas berjaya untuk menahan nafsu serta menjalankan kewajipan berpuasa selama sebulan. Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga kerana ketidak sabaran mereka untuk mengumpul dan menerima duit raya dari insan tersayang.
Bukan itu sahaja menjelang hari aidilfitri juga, pasti ramai yang sibuk untuk menghias rumah, memasak juadah, membuat kuih raya, membeli kereta baru, menukar duit untuk diberikan kepada kanak-kanak dan yang paling utama adalah baju raya.
Baju raya diibaratkan sebagai ‘Met Gala Muslim’ kerana pasti setiap individu ingin tampil menawan dan kelihatan menarik pada hari raya. Bukan itu saja, bahkan memakai pakaian sedondon bersama keluarga juga merupakan tradisi orang melayu yang masih kekal sehingga kini.
1. Janna Nick
2. Aeril Zafrel
3. Dato’ Fizz Fairuz
4. Fasha Sandha
Kesemua selebriti tersebut tampil menawan bersama rona warna pilihan mereka untuk baju raya pada tahun ini. Apa-apa pun, semoga raya kali ini, menjadi raya yang paling bermakna buat kita dan orang lain.
Yang penting, berayalah dengan kesederhanaan agar tidak membazir. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?