Adakah Selena Gomez telah menjumpai cinta hati baru?
Ya, nampaknya Selena Gomez sendiri mengesahkan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan penerbit Benny Blanco.
Penyanyi itu menyifatkan Benny sebagai perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
”Dia adalah segalanya di hati saya. Dia adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya. Dia masih terbaik berbanding kekasih saya sebelum ini,” tulis Selena.
Tidak lagi berselindung, pengasas Rare Beauty itu juga memuat naik sekeping gambar hitam putih bersama Benny Blanco menerusi Instastory.
Sayangnya perkhabaran yang menggembirakan Selena tidak mendapat ‘restu’ peminat. Ada peminat mempertikaikan keputusan Selena yang memilih Benny sebagai teman istimewa.
Tetapi Selena tetap dengan pendiriannya dan mengatakan bahawa Benny lelaki yang terbaik untuknya pada masa kini, dan dia bahagia.