Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSelepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Menjayakan Konsert Pada April...

    Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Menjayakan Konsert Pada April 2024 Nanti!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 20 Februari 2024 – Peminat CNBLUE telah menanti selama hampir 10 tahun untuk menyaksikan kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan persembahan di Malaysia, dan kini impian itu bakal menjadi kenyataan.

    Kehadiran CNBLUE bagi konsert bertajuk 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, KL pada hari Sabtu, 20 April 2024 jam 8 malam adalah usaha bersama Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment sebagai penganjur. CNBLUE yang terdiri daripada Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, Minhyuk pemain dram dan Jungshin pemain bass telah memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.

    Gabungan nama band dengan perkataan “identity”, CNBLUENTITY adalah untuk menggambarkan identiti trio tersebut.

    Band ini dijangka akan menyenangkan hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu popular mereka seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love and Can’t Stop dan banyak lagi. Selain itu, CNBLUE juga akan mempersembahkan lagu-lagu baharu mereka dan beramah mesra dengan peminat setia yang digelar BOICE. Sejak mula kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan bahasa lain, membentuk diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.

    Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

    Selain bidang muzik, ketiga-tiga ahli ini juga bersinar dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama. Yonghwa telah melakonkan watak utama dalam drama komedi Brain Works pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lepas, dan Jungshin memainkan peranan utama dalam komedi percintaan Sh**ting Stars pada tahun 2022.

    ALSO READ:  Tetap Sambut Raya Bersama Aslam, Misya Akui Sebagai Wanita Bijak Dia Pilih Tidak Memanjangkan Perdebatan

    Tiket konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai faedah kepada peminat akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini. Tiket pelbagai faedah ini boleh dibeli melalui www.ticketingtix.com pada harga berikut, tertakluk pada yuran pemprosesan RM4:

    BERDIRI

    • Zon BOICE – RM798
    (Faedah Untuk Peminat: Hanya 900 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 900 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.

    DUDUK

    • Zon THEN – RM698
    (Faedah Untuk Peminat: Hanya 100 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 100 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

    • Zon NOW – RM598
    (Faedah Untuk Peminat: Poster ditandatangani untuk 40 peminat, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

    • Zon FOREVER – RM398
    (Faedah Untuk Peminat: Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)


    Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian untuk konsert akan disediakan dengan kapasiti terhad. Prosedur prapendaftaran di akan dimulakan pada 23 Februari dan hanya akan berlangsung selama tiga hari.

    Pendaftar yang berjaya akan dapat mengakses prajualan tiket pada 28 Februari jam 12 tengah hari dan menerima lanyard berlamina terhad dengan pembelian tiket mereka.

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) dan Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment)


    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts