Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSelepas 8 Tahun Bercinta, Akhirnya Jeslina Hashim Sah Bergelar Isteri Kepada Tunku...

    Selepas 8 Tahun Bercinta, Akhirnya Jeslina Hashim Sah Bergelar Isteri Kepada Tunku Eddy

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup sebelum ini.

    Berita gembira terbabit dikongsikan sendiri oleh pelakon tersebut dan juga suaminya.

    Sudah 8 Tahun Bercinta

    via Instagram Jeslina Hashim

    Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

    Pada majlis itu, kelihatan Che Puan Sarimah Ibrahim turut hadir bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin yang juga cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah.

    Dalam hantaran di Instagram milik Sarimah, dia juga turut mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

    Hari yang indah dan majlis yang indah meraikan akad nikah ‘brother in law’ saya @eddymudzaffar bersama ‘sister in law’ @jeslinahashim.

    Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah (syurga).

    Rakan Selebriti Turut Gembira

    via Instagram Jeslina Hashim

    Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Jeslina sendiri, kelihatan dia menggayakan persalinan sedondon serba putih.

    Malah gambar yang dimuat naik oleh Jeslina turut menerima ucapan tahniah dan doa dari netizen dan juga rakan-rakan artis.

    Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.

    Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts