Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati iaitu Zahir Omar yang juga seorang pengarah filem, pada Khamis.
Selamat bernikah
Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan Kim menerima mas kahwin berjumlah RM800.
Tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahan tersebut, Kim bagaimanapun berkongsi foto dan video yang diulang siar atau ‘repost’ di Instagram Story miliknya.
Pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mengenakan baju sedondon berona krim pada majlis yang diadakan secara tertutup tersebut.
Pada 24 Oktober lalu, Kim dilaporkan telah memeluk Islam di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu.
Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.