Baru-baru ini Dewan Filharmonik Petronas (DFP) mengumumkan pembatalan persembahan komedi Harith Iskander yang dijadualkan pada esok harinya.
Dalam kenyataan rasmi, pihak DFP menyampaikan permohonan maaf atas kesulitan yang timbul.
Bukanlah Keputusan Yang Mudah
Keputusan ini tidak diambil dengan mudah kerana Harith telah melakukan persiapan dan berusaha keras selama berbulan-bulan.
Pembatalan ini tentunya mengecewakan Harith, lebih-lebih lagi kerana anak-anaknya, Zander dan Zydane, sepatutnya turut terlibat dalam persembahan tersebut.
Dalam pada itu, Harith Iskander juga telah membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh berikutan perkongsiannya mengenai sensitiviti isu ham baru-baru ini.
Sudah Seminggu Menerima Ugutan
Bekas isterinya, yang juga pengurusnya, Dr. Jezamine Lim, mendedahkan bahawa ugutan itu diterima minggu lalu.
Disebabkan ancaman dan serangan dalam talian yang berterusan daripada individu tertentu, mereka bersama Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sepakat untuk membatalkan persembahan yang telah dirancang demi keselamatan.
Bagi Jezamine, dia sangat kesal dengan situasi ini dan turut mempersoalkan mentaliti sesetengah pihak yang bertindak melampau.
Jezamine turut berharap suatu hari nanti pelaku ini akan menemui ketenangan dalam hati mereka.
Semoga hati anda menjadi lembut dan anda menyedari bahawa tenaga yang anda salurkan untuk menyebarkan kebencian seharusnya digunakan untuk menyebarkan kasih sayang, empati, dan hal-hal positif.
Ingat, karma akan kembali kepada anda mengikut apa yang anda beri.
Jezamine juga menegaskan kepada mereka yang menulis komen penuh kemarahan dan mencetuskan kebencian supaya bertanggungjawab atas tindakan mereka