Pengacara dan pelakon, Ain Edruce berkongsi berita gembira dengan mengesahkan dirinya kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Ain Edruce bakal timang anak kedua
Berita gembira itu diumumkan Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 32, menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Ain yang juga merupakan seorang pengacara meluahkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang dikurniakan Allah SWT kepada dirinya dan keluarga.
Soraya (anak sulung) akan jadi kakak.
Alhamdulillah for this rezeki. Awal tahun hari tu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. Tak pernah ku rasa sedih macam tu dalam hidup aku tapi Alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga.
Dalam hantaran yang sama, Ain turut berkongsi beberapa foto di sekitar majlis gender reveal dan memaklumkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sangat gembira ketika majlis berlangsung.
Doakan baby Ain sihat okay. Yang penting Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa ya?
Pada April lalu, Ain berkongsi mengalami pendarahan yang teruk sehingga mengakibatkan dirinya keguguran.
Untuk rekod, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.
Hantaran di Instagram
View this post on Instagram