Siapa yang telah menonton dokumentari “Beckham” di Netflix, pasti ingat kata-kata ikonik dan viral Victoria Beckham.
“Ayah saya memiliki sebuah Rolls Royce”
Bulan lalu, selepas dokumentari itu disiarkan, kata-kata tersebut dijadikan sebagai meme setelah dia mendakwa berasal dari keluarga ‘kelas pekerja’.
Mendengar perkara itu, suaminya David Beckham bergurau dan meminta dia mengakui bahawa ayahnya telah menghantarnya ke sekolah menggunakan kereta Rolls Royce.
@elitedaily Saya tidak boleh berhenti memikirkan tentang ini. 🏆 #VictoriaBeckham #DavidBeckham (📷 via #Beckham di Netflix)
Mengakhiri gurauan, Victoria mengakui bahawa bapanya benar-benar menghantarnya ke sekolah menggunakan kereta tersebut. “Baiklah saya tidak boleh melawan lagi. Ayah saya, ya dia hantar saya ke sekolah dengan menaiki Rolls Royce.”
Kerana kata-katanya menjadi viral, Victoria kemudian mengeluarkan sepasang baju t-shirt grafik yang menampilkan “My Dad Had A Rolls Royce” di atasnya. Baju t-shirt tersebut diperbuat daripada kapas organik dan dijual pada harga RM695.85 sepasang.
Menurut laman web Victoria Beckham, mereka mengesyorkan untuk menggayakan t-shirt tersebut dengan jeans dan kasut tinggi dari koleksi mereka. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi ia timeless dan ikonik!