Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSelepas Naomi Campbell Dan Lady Gaga, Rizman Dedah Ada Lagi Selebriti Antarabangsa...

    Selepas Naomi Campbell Dan Lady Gaga, Rizman Dedah Ada Lagi Selebriti Antarabangsa Akan Memakai Busana Mereka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru – baru ini, tular di laman sosial mengenai busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh penyanyi antarabangsa, Lady Gaga.

    Video Tular Di Media Sosial

    via Instagram Rizman Ruzaini

    Menerusi beberapa video yang dikongsikan semula oleh netizen, penyanyi popular itu dilihat mengenakan busana yang dihasilkan oleh Rizman Ruzaini ketika melangsungkan persembahan pada konsert residensinya di Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai akhir tahun lalu.

    Jadi selepas dua, tiga hari Naomi pakai baju kami, kita dapat panggilan serta pertanyaan daripada agensi-agensi dari Hollywood.

    Dalam banyak-banyak panggilan itu merupakan jurugaya yang bekerja dengan penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Beyonce

    Menurut Gempak, Rizman menyatakan bahawa selepas bertukar nombor telefon, dia pun memulakan proses rekaan seperti biasa selepas mendapat ukuran daripada agensi yang menghubunginya.

    Awalnya Untuk ‘Dinner Show’ Sahaja

    via Instagram Rizman Ruzaini

    Tambah Rizman, pada kebiasaan, selebriti luar negara akan mengenakan busana daripada pereka yang baru berkolaborasi dengan mereka untuk majlis kecil seperti majlis ‘dinner show’.

    Namun, selepas sampai ke sana, pihak Lady Gaga beritahu yang tuan empunya badan mahu simpan dan pakai untuk majlis yang lebih besar dan busana tersebut terlalu ‘grand’ untuk dinner show.

    Di samping itu, Rizman menjelaskan bahawa pihaknya dan pihak Lady Gaga tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga.

    Malah Rizman juga mendedahkan bahawa akan datang, akan ada lagi selebriti antarabangsa yang akan memakai busana rekaan mereka, tetapi dia memilih untuk merahsiakan dulu sebelum sampai waktunya.

    ALSO READ:  Wajah Bapa Seiras Putera Mateen, Warganet Terkejut- ” Ini Betul-Betul ‘Reincarnation’ Ke?”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts