Di kala nama sedang hangat menjadi bualan apabila didakwa berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), dramatis popular Rozita Che Wan sempat menitip ucapan sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya, Aniq Ezra yang ke-26.
Wish birthday anak
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta meluahkan rasa syukur melihat anaknya membesar dengan sihat.
Happy 26th birthday kepada anak mummy yang dulu kecil macam bear (beruang). Nasib baik bila dah besar segaknya.
Pada hantaran sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut memuat naik sekeping foto Aniq ketika masih bayi.
Menjengah ke ruangan balas rata-rata wargamaya turut menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran kepada Aniq.
Namun, tidak kurang juga yang meninggalkan komen berhubung isu yang terkait dengan Che Ta apabila dia didakwa berhutang dengan MARA sebanyak RM1 juta.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang saling menasihati antara satu sama lain supaya tidak masuk campur urusan aktres berkenaan.
Terdahulu, rumah Che Ta didakwa telah diserbu oleh pihak MARA pada pagi Selasa.
Serbuan tersebut dilakukan susulan ibu kepada tiga cahaya mata itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Raya (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Tindakn itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.