Menerima ugutan atau ancaman bunuh di kalangan selebriti Bollywood tidak lagi asing. Ramai selebriti yang menjadi mangsa ugutan bunuh termasuklah Shah Rukh Khan, Salman Khan dan baru-baru ini aktor Vikrant Massey pula.
Tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterima, Vikrant menerusi pelancaran treler filem terbarunya ‘The Sabarmati Report’, berkongsi telah menerima ancaman tersebut di media sosial.
View this post on Instagram
“Saya telah mendapat ancaman bunuh. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu menarik perhatian kepadanya. Ia adalah sesuatu yang boleh saya kendalikan, dan sebagai satu pasukan kami secara kolektifnya menangani ancaman tersebut.”
Ramai yang beranggapan ancaman bunuh yang diterima oleh Vikrant mungkin disebabkan oleh filem terbarunya yang bakal ditayangkan tak lama lagi.
View this post on Instagram
Membintangi filem ‘The Sabarmati Report’, Vikrant memainkan watak wartawan yang menangkap emosi dan konflik yang muncul daripada peristiwa sebenar yang mengelilingi tragedi itu. Filem ini menyelidiki selepas insiden kebakaran kereta api Godhra yang berlaku pada tahun 2002.
Sekadar info, ancaman terhadap Shah Rukh Khan terjadi berikutan beberapa siri ugutan yang terima oleh Salman Khan, yang didakwa daripada kumpulan Lawrence Bishnoi.