Selepas mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita, pelakon sensasi Indonesia iaitu Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian apabila membuat pengakuan pernah makan daging babi.
Nak tambah berat badan untuk boxing
@viralterkini.id jefri nichol sesekali makan babi #jefrinichol ? suara asli – Viral Terkini
Pengakuan tersebut dibuat Jefri sewaktu diwawancara dua pengacara terkenal Indonesia Vincent dan Desta dalam satu program podcast yang dikendalikan mereka.
Difahamkan, Jefri mengambil pengambilan daging babi untuk menambah berat badannya sebagai persedian untuk berlawan tinju bersama anak penyanyi Indonesia, El Rumi, setahun yang lalu.
Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya berat badan saya sama dengan El Rumi.
Makan juga daging babi
Gambar: Kompas.com
Desta kemudiannya bertanyakan apakah yang dilakukan Jefri untuk menambah berat badannya lalu pelakon filem ‘Ali Topan’ itu menjawab dia juga mengambil pengambilan daging babi.
‘Jika anda perlu menambah berat badana, adakah itu bermakna anda makan banyak nasi?’, tanya Desta.
‘Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi’, jawab Jefri.
Mendengar kepada jawapan diberikan, Desta tidak memberikan reaksi hairan kerana beranggapan Jefri bukan beragama Islam.
Namun, pelakon berusia 25 tahun itu kemudiannya menegaskan dirinya menganut agama Islam.
Saya Islam.
Jawapan Jefri itu membuatkan suasana di studio berasa sedikit janggal sehinggalah Desta dan Vincent mengambil keputusan untuk bertanyakan soalan yang lain.