Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Aizat Saha meluahkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
‘Alhamdulillah, rezeki tahun ini makin luas’
Ketika dihubungi , Aizat Saha atau juga dikenali sebagai Abang POV berkata dia menyambut hari raya pertama di Shah Alam sebelum berangkat ke Kota Tinggi, Johor pada petangnya.
Dalam pada itu, Aizat akui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya ada peminat yang mengajaknya bergambar di hari raya.
Alhamdulillah, rezeki tahun ini makin luas dan dikenali. Ini merupakan tahun pertama beraya sebagai seorang influencer. Jadi, tak tahu lagi bagaimana perjalanan nya itu nanti.
Apabila ditanya mengenai momen beraya, Aizat memberitahu antara kenangan yang paling diingati adalah ketika menziarahi ke rumah jiran.
Selain momen sangkut dalam jammed untuk balik kampung, yang paling diingat semestinya momen beraya dari rumah ke rumah collect duit raya dari jiran jiran”
Sementara itu, Aizat sempat menitipkan nasihat kepada semua rakyat Malaysia agar berhati-hati di jalan raya dan ingatlah insan tersayang.