Sekadar gambar hiasan
Misteri kehilangan seorang ketua daerah di Indonesia akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui tergantung pada sebuah pokok.
Mayat tergantung pada pokok
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Muklis dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu (9 Ogos) selepas kali terakhir dilihat sedang leka bermain telefon di ruang tamu rumah.
Namun apabila isterinya, Tutik bangun tidur pada keesokan paginya, Muklis sudah tiada di rumah.
Wanita tersebut kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa, ahli keluarga, jiran dan rakan terdekat mengenai kehilangan mangsa.
Susulan daripada itu, operasi mencari telah dijalankan namun mereka tidak menemui Muklis.
Seminggu kemudian iaitu pada 16 Ogos, mayat mangsa yang sudah mula menghitam akhirnya ditemui tergantung di sebatang pokok oleh tiga rakannya yang ketika itu sedang melakukan pencarian.
Difahamkan,pihak polis masih menjalakan siasatan lanjut berhubung kes.