Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan telah dikenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Shuib dan Choo Guan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Ameera Mastura di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin.
Akaun media sosial Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen malah ada yang sempat memintanya untuk melakukan podcast mengenai topik mereka yang ‘tidak membayar Perkeso’
“Salam, nanti next topik bincang pasal tak bayar PERKESO tak? Nak dengar jugak.”-komen salah seorang netizen
“Idea Menarik, Boleh Dipertimbangkan…”
Tidak berdiam diri, Shuib dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menyifatkan topik yang dicadangkan oleh netizen berkenaan boleh dipertimbangkan sebagai topik perbincangan dalam podcast miliknya itu.
“Salam. idea menarik, boleh dipertimbangkan, InsyaAllah.”-balas Shuib
View this post on Instagram
Dituduh Tunai Umrah Guna Wang Perkeso?
Dalam pada itu, Shuib sempat membalas komen netizen yang melemparkan tuduhan terhadapnya yang didakwa pergi menunaikan ibadah Umrah menggunakan wang Perkeso.
Balas Shuib, tuduhan netizen tersebut, merupakan satu fitnah yang luar biasa serta menitipkan doa agar tuduhan netizen berkenaan diampunkan Allah SWT.
“MasyaAllah sedara, jauh sangat ni. Duit Umrah pakai duit Perkeso. Semoga Allah Ampunkan dosa awak ya. Fitnah luar biasa ni.”-komen Shuib lagi
Apa komen anda?