Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Semoga Diberi Kesempatan Melihat Anak-Anak Nanti Naik Pelamin’ – Siti Nurhaliza

    ‘Semoga Diberi Kesempatan Melihat Anak-Anak Nanti Naik Pelamin’ – Siti Nurhaliza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebagai seorang ibu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ingin melihat kebahagiaan anak-anaknya apabila dewasa kelak.

    Harapan & impian ibu bapa

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Siti bersama suami Datuk Seri Khalid Jiwa menghadiri ke istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, yang berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Ahad.

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Anta Permana tersebut berkata, dia menyimpan hasrat untuk melihat cahaya matanya mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

    Sambil tengok, sambil kepala berfikir. Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin.

    Penyanyi berusia 45 tahun itu turut mendoakan agar anak-anaknya dikurniakan jodoh yang baik.

    Semoga ditemukan jodoh yang baik. Amin Ya Rabb.

    Sementara itu, Siti turut mempersembahkan beberapa buah lagu di majlis istiadat perkahwinan diraja tersebut antaranya Dengarkanlah, Bukan Cinta Biasa dan Endless Love.

    Khas buat mempelai yang sama cantik, sama padan. Moga terus berbahagia hingga ke jannah.

    Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah,6, dan Muhammad Afwa,3,.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts