Pelakon, Nora Danish mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, hari ini.
Nora Danish atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif menerusi hantaran di Thread, dilihat menitipkan pesanan buat orang ramai untuk qada solat yang selama ini ditinggalkan dengan sengaja serta mendoakan agar setiap ibadah diterima Allah SWT.
“Qada lah solat yang selama ini ditinggalkan dengan sengaja. Setiap selepas kita mendirikan solat fardu, kemudian kita sambung dengan solat Qada. Jika solat fardu subuh, kemudian qada solat subuh. Jika zuhur, kemudian qada zuhur.
Begitulah sehingga kita meninggalkan dunia ini. Semoga ibadah kita diterimaNya 🤲🏼🤍.”-titip Nora Danish di laman Thread
“Moga Kita Semua Istiqomah…”
Di ruangan komen, perkongsian Nora mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Malah, ramai yang menitipkan ucapan terima kasih di atas peringatannya mengenai solat.
“Qada tiada waktu. Boleh je qada bila-bila masa yang terluang.”
“Slowly but surely. Saya juga sedang ke arah demikian. Moga kita semua istiqomah.”
“Terima kasih di atas peringatan.”
“Ada perkongsian Ustazah di TikTok. Kalau hari ni kita terlepas dengan sengaja solat Subuh dan kita nak qada waktu Zohor, kena solat qada dulu baru solat fardhu.”
“Terima kasih di atas teguran ini. Semoga dipermudahkan segala urusan sis hendaknya. InsyaAllah.”
“Bila sampai awal di masjid, kadang-kadang saya amal sebelum solat fardhu ketika solat sunat qabliyah/ badliyah saya buat solat qada fardhu.”
Semoga kita semua sentiasa istiqomah ke arah kebaikan..Apa komen anda?