Sebelum ini vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mendedahkan tempoh enam bulan selepas perceraian dengan usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina adalah satu tempoh yang sukar.
Berkongsi Kisah Penceraian Dalam Temubual
Selain itu, perebutan anak angkat bernama Musa turut disebut Noh.
Noh berkongsi mengenai penceraiannya dalam satu temubual laman Instagram (IG) portal dari Indonesia.
Dalam temubual itu, Noh diminta mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya dan kemudiannya menjawab salah satunya berjudul Manusia nyanyian David Bayu.
Lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup.
Bukan itu saja, sejak berpisah dengan Mizz Nina pada Ogos tahun lalu, Noh tidak pernah membuka mulut mengenai kisah perceraiannya.
Memuat Naik Gambar Bersama Anak
Terbaru, Noh ada memuat naik satu gambar bersama anaknya Musa. Dalam gambar tersebut, Noh mengucapkan hari lahir ke 2 dan meniggalkan beberapa ucapan buat anaknya itu.
Selamat hari jadi ke-2 Musa Mohammad Noh. Rindu betul bapa dengan kamu.
Allah sahaja yang tahu betapa sakit menahan rindu mahu jumpa.
Semoga Allah satukan kita nanti, jadi kamu dapat layanan seorang ayah yang sebenar.
Tulis Noh, dia sangat merindukan musa dan mengharapkan suatu hari nanti dia dapat bertemu dan bersatu kembali dengan Musa.
Diruangan komen, netizen juga turut mendoakan agar Noh dan disatukan kembali bersama musa dan turut mengucapkan selamat hari lahir buat Musa.