Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial pendedahan oleh Sarah Yasmine mengenai kemelut yang berlaku antara Ruhainies, Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon, Reen Rahim yang akui kurang senang dengan kisah yang tular itu.
‘Semua dah besar, settle belakang lah weh’
Menerusi perkongsian di Instagram, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berpendapat bahawa alangkah baiknya jika isu tersebut diselesaikan tanpa melibatkan orang luar.
Tambahnya lagi, segala bukti yang ada juga boleh dikemukakan di mahkamah dan bukannya dengan cara mendedahkan di media sosial. Tindakan itu bukan sahaja merumitkan keadaan malah mencetuskan pelbagai fitnah.
Lama juga lah aku tak scroll IG, ingat hari ni dah aman. Semua dah besar, settle belakang lah weh. Settle mahkamah lah. Semua nak buktikan apa dekat media sosial ni?
Kau nak buktikan apa dekat netizen? Bukan kau dapat apa pun. Menambah fitnah dan negatif je. Tak semua layan media sosial nak tahu gosip. Kasihan lah kitaorang yang tak suka benda negatif ni. Aduh.
Meskipun Reen tidak memetik nama mana-mana individu, tetapi keluhan tersebut seakan berkaitan dengan isu yang sedang tular ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pendapat Reen malah mereka akui sudah ‘muak’ dengan ‘drama’ tersebut.