Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Semua Orang Berpontensi Buat Jahat Pada Kita, Tersilap Pilih Kenalan Nyawa Jadi...

    ‘Semua Orang Berpontensi Buat Jahat Pada Kita, Tersilap Pilih Kenalan Nyawa Jadi Taruhan’ – Cikgu Zack Kirana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Cikgu Zack KiranaCikgu Zack Kirana

    Susulan kes kematian tragis menimpa Nur Farah Kartini, pempengaruh yang juga guru iaitu Cikgu Zack Kirana terpanggil untuk menasihati anak muridnya supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.

    Nasihat kepada anak murid

    Cikgu Zack KiranaCikgu Zack Kirana

    Menurut Cikgu Zack, tidak salah berkongsi keberadaan diri kepada keluarga mahupun rakan terdekat sebagai langkah berjaga-jaga apabila berada di luar.

    Satu perkara yang ingin saya pesan kepada anak-anak murid saya, tidak salah untuk kongsikan keberadaan awak.

    Jangan jadikan hidup terlalu privasi, jangan dah jadi macam ini (kes Nur Farah Kartini), mak ayah menangis tak berlagu.

    Setidaknya beritahu dengan kawan rapat di mana lokasi anda berada. Sebab pada akhirnya, tidak semua orang dalam hidup kita ini boleh dipercayai kecuali ahli keluarga sendiri.

    Berpendapat semua orang berpontensi berbuat jahat, Cikgu Zack juga menasihati anak muridnya supaya bijak memilih kawan.

    Paling penting, pilih kawan yang baik. Pastikan orang yang berdamping dengan kita adalah orang baik. Semua orang ada potensi untuk buat jahat pada diri kita.

    Bayangkan, dari Sarawak jauh datang dengan mak ayahnya hantar untuk belajar dan tuntut ilmu. Bercita-cita mahu jadi warga pendidik, tetapi tersilap pilih kenalan akhirnya nyawa jadi pertaruhan.

    Saya sedih lihat mak arwah yang termenung selepas jenazah dikebumikan. Wajah mak arwah penuh sugul.

    Sementara itu, Cikgu Zack juga berpesan kepada golongan lelaki agar tidak menindas kaum hawa kerana percaya setiap perbuatan jahat pasti ada balasan.

    Nasihat ini bukan anak murid perempuan sahaja tetapi untuk lelaki juga. Jadilah lelaki yang bakal jadi pemimpin maruah, jangan buat jahat dengan anak dara orang dan wanita.

    Sebab kadang-kadang Allah tidak beri balasan pada kita, tetapi suatu hari Allah bagi balasan kepada anak perempuan kita. Pada ketika itu lah baru rasa menyesal. Bersyukur juga jika mak ayah kita tegas.

    ALSO READ:  Gayakan Gaya Glamor Selebriti dan Influencer Di Karpet Merah AJL38

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts