Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSenarai Populariti Kolam Agoda: Warga Negara Manakah Yang Paling Gemarkan Kolam Renang...

    Senarai Populariti Kolam Agoda: Warga Negara Manakah Yang Paling Gemarkan Kolam Renang Ketika Bercuti?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dengan bahang cuaca panas yang menjadi topik perbualan di seluruh Asia tahun ini, Agoda telah mengumumkan Senarai Populariti Kolam, menampilkan pelancong Asia yang cenderung untuk menempah penginapan dengan kemudahan kolam renang.

    India Tangga Teratas

    via Agoda

    Apabila suhu semakin panas, data carian Agoda menunjukkan bahawa pelancong India lebih cenderung untuk menyejukkan diri di dalam kolam.

    Malaysia berada di kedudukan #3 daripada 10 negara.

    Melalui data tabiat percutian oleh sepuluh buah pasaran Asia, Agoda mendapati bahawa warga India lebih cenderung untuk menggunakan penapis carian (filter) untuk mencari penginapan yang mempunyai kolam renang.

    India diikuti rapat oleh Korea Selatan, dan diikuti dengan Malaysia, Thailand, dan Filipina di kedudukan lima teratas.

    Jepun, dan Taiwan berada di kedudukan tengah, manakala  warga Indonesia, Vietnam dan Singapura kurang melebihkan  tentang ketersediaan kemudahan kolam renang.

    Salah Satu Tarikan Universal

    via Impiana

    Sama ada berenang solo atau bermain air bersama-sama keluarga, Senarai Populariti Kolam Agoda menunjukkan kolam renang adalah satu tarikan yang universal untuk pelancong dari seluruh Asia.

    Penapis carian yang mudah digunakan di platform Agoda membantu pelancong mencari kemudahan yang bertepatan dengan keperluan mereka semasa percutian.

    Ketersediaan kolam adalah salah satu daripada lima penapis carian yang paling popular di Agoda.

    Penapis popular yang lain termasuk sarapan percuma, penarafan bintang, ulasan pengguna dan pembatalan percuma.

    Selain daripada lebih empat juta tempat penginapan, platform Agoda juga menawarkan lebih daripada 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan, yang semuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama.

    Dengan adanya pelbagai jenis tawaran ini, Agoda merupakan sebuah platform pelancongan dalam talian yang paling ideal untuk mencari dan mendapatkan pakej percutian bernilai hebat dengan mudah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts