Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak...

    Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman memberi bayangan bahawa kemelut bersama anaknya itu sudah pun berakhir menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story.

    Hadir majlis akikah anak Shila

    Menerusi hantaran tersebut, Fauziah berkongsi momen dirinya yang hadir ke majlis akikah anak kedua Shila hasil perkahwinannya bersama pempengaruh, Ubai MZ iaitu Rhea Akira.

    Fauziah turut memuat naik gambar mereka sekeluarga yang bergambar di atas sebuah pelamin yang dihiasi dengan tema berwarna merah jambu.

    Turut kelihatan hadir ke majlis tersebut ialah dua orang adik Shila iaitu Syada dan Syahir Amzah.

    ‘Selfie’ bersama Shila

    Menerusi hantaran lain, Fauziah turut berkongsi gambar ‘selfie’ dirinya berdua bersama Shila.

    Sekadar info, kemelut keluarga Shila menjadi bualan apabila penyanyi itu didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo yang terletak di Hulu Langat.

    Walau bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia hanya berniat untuk mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya dan keluarga.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts