Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 31, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSensasi Antarabangsa Rain Kembali Dengan Jelajah Ikonik ‘Still Raining’ Di Resorts World...

    Sensasi Antarabangsa Rain Kembali Dengan Jelajah Ikonik ‘Still Raining’ Di Resorts World Genting Pada 8 Februari 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Detik yang dinanti-nantikan kini tiba! Rain, ikon K-Pop antarabangsa akan kembali menggegarkan pentas dengan jelajah “Still Raining”. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Rain yang bakal memukau peminat-peminatnya di Resorts World Genting pada 8 Februari 2025, bermula jam 6 petang.

    Jelajah ‘Still Raining’

    Jelajah “Still Raining” menampilkan perkembangan seni muzik Rain sebagai artis, menggabungkan elemen retro dengan irama moden untuk pengalaman yang unik. Untuk pertama kalinya, Rain akan mempersembahkan lagu-lagu popular daripada artis terkenal seperti Bruno Mars dan sensasi K-pop NewJeans, memberikan peminatnya pengalaman baru yang menarik dalam dunia seni muziknya.

    Konsert ini menjanjikan pengalaman lebih dua jam yang penuh bertenaga, disertai melodi memukau dan visual yang mengagumkan. Jelajah “Still Raining” bukan sekadar konsert, sebaliknya ia merupakan sebuah penghargaan kepada perjalanan seni ikonik Rain dan dedikasinya yang mendalam terhadap para peminat setianya. Selain mengimbau nostalgia, konsert ini turut membawa tarikan segar untuk generasi baharu, menjadikannya sebuah persembahan yang pastinya dinantikan.


    Menurut Rain, jelajah ini memberi saya peluang untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat dan mengenang detik-detik indah yang telah dilalui bersama mereka. Ia juga merupakan
    kesempatan untuk mencipta pengalaman yang baharu sambil meneroka fasa menarik dalam perjalanan muziknya.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Rain, ikon K-Pop antarabangsa, di Resorts World Genting pada bulan Februari ini! Tiket untuk Konsert Jelajah Ikonik “Still Raining” akan mula dijual pada 7 Januari 2025 secara eksklusif untuk Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) kategori Gold dan ke atas, manakala jualan kepada umum dibuka pada 10 Januari 2025 bermula jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM1,298 (VIP), RM998 (PS1), RM798 (PS2), RM598 (PS3), dan RM398 (PS4).

    ALSO READ:  Dituduh Curang Dengan Kawan Baik Suami, Paula Verhoeven ‘Balas’ Dengan Ceramah & Kata-Kata Islamik

    Sebagai ganjaran ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 5% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts