Pejam celik, pejam celik, kita dah pun melangkah ke tahun 2025, mesti ramai pasangan kat luar sana yang tengah sibuk merancang nak mendirikan rumah tangga.
Kalau korang tengah cari wedding planner yang boleh realisasikan impian hari bahagia korang, Weddings By Emma adalah jawapannya!
Masuk je tahun 2025, Weddings By Emma terus mengorak langkah dengan misi yang lebih besar dan impian yang lebih gah!
Kalau sebelum ni jenama ni dah terkenal sebagai wedding planner paling dipercayai di Malaysia, kali ni mereka bersedia untuk mengubah landskap industri perancangan perkahwinan. Serius, korang kena tahu apa yang mereka plan tahun ni!
Kenapa Weddings By Emma jadi pilihan ramai?
Bila nak kahwin ni, kalau boleh nak ada peace of mind, yelah nak merancang suatu majlis ni bukannya mudah. Perlu betul-betul teliti supaya majlis nanti berjalan dengan lancar.
“Kami nak semua klien rasa betul-betul enjoy moment hari bahagia mereka, tanpa stress. Yang penting, ada WOW faktor setiap kali orang tengok majlis tu,” kata Puan Emma, pengasas dan mastermind di sebalik jenama ini.
Dengan sentuhan profesional, jenama ni bukan sekadar membuatkan wedding nampak cantik, tapi juga pengalaman bebas stress yang akan buat pengantin rasa seperti VIP.
Lebih istimewa tahun ni, Weddings By Emma menfokuskan beberapa penambahbaikan buat para pelanggannya seperti majlis berskala besar yang diuruskan oleh koordinator profesional, memastikan setiap majlis berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, meningkatkan mutu perkhidmatan untuk lebih mesra, cepat, dan efisien, demi memastikan pelanggan rasa dihargai sepanjang proses perancangan.
Dari segi dekorasi pula, mereka akan mengetengahkan reka bentuk bespoke yang lebih fresh dengan mengikuti trend global untuk menambahkan elemen WOW dalam setiap majlis.
Selain itu, mereka akan menumpukan perhatian kepada setiap detail kecil untuk menghasilkan dekorasi premium yang lebih eksklusif dan mewah. Tak lupa juga, Weddings By Emma turut menawarkan konsultansi personal, memastikan setiap majlis benar-benar menggambarkan identiti unik dan cerita cinta setiap pasangan.
Weddings By Emma, untuk semua impian perkahwinan!
Kalau korang fikir Weddings By Emma hanya untuk pasangan Melayu, korang salah besar.
Ini kerana, perkhidmatan mereka terbuka untuk semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, malah pasangan antarabangsa pun ramai yang telah mendapatkan khidmat mereka.
Dengan pengalaman mereka yang luas, tak hairanlah jika team Weddings By Emma telah merealisasikan pelbagai impian perkahwinan setiap pasangan, tak kira latar belakang budaya.
Tak kisah korang nak majlis mewah, konsep minimalis tapi bermakna, atau gaya luar kotak, Weddings By Emma sentiasa bersedia untuk merealisasikan impian korang. Fokus mereka? Supaya korang nikmati sepenuhnya momen hari bahagia tanpa rasa tertekan.
“Kami percaya semua pasangan layak untuk dapat perkahwinan yang mereka idamkan. Misi kami adalah untuk ciptakan momen indah yang akan dikenang sampai bila-bila,” tambah Puan Emma.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Dengan kreativiti tanpa batasan, hasil kerja berkualiti, dan testimoni positif daripada klien, Weddings By Emma adalah pilihan tepat untuk majlis perkahwinan yang sempurna.
Berminat untuk Weddings By Emma merealisasikan impian korang? Layari laman web Weddings By Emma dan ikuti Instagram dan TikTok mereka untuk maklumat lanjut.