Di persada Hollywood, ada teori yang mengatakan, jika anda ingin berjaya sebagai selebriti popular, jangan sekali-kali menyokong Palestin atau mempersoalkan tindakan Israel menyerang negara tersebut.
Nampaknya, disebabkan sikap Israel yang tidak mengendahkan pandangan dan pendapat orang lain, semakin ramai selebriti yang berpusat di Amerika Syarikat cuba untuk menyuarakan pendapat masing-masing tanpa perlu berpura-pura menyokong Benjamin Netanyahu.
Tetapi tidak semua dari mereka berani untuk secara terbuka menyatakan sokongan mereka. Ada yang terpaksa membantu secara senyap-senyap kerana risau akan kehilangan relevansi dalam industri.
Baru-baru ini, selebriti berpengaruh dunia, Taylor Swift dan Selena Gomez, menghadiri satu acara komedi untuk mengumpul dana bagi penduduk Gaza.
Acara tersebut dijalankan oleh pelakon dan pengarah, Ramy Youssef, di sebuah kelab komedi di Brooklyn, New York pada Isnin (waktu tempatan).
Youssef, yang juga dilahirkan di Amerika-Mesir, mengumumkan bahawa acara yang dinamakan “Ramy Youssef: more feelings” itu dianjurkan bermula bulan lepas sehingga Februari tahun depan.
Bantuan dan dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan American Near East Refugee Aid (ANERA).
Acara tersebut juga akan diadakan di 10 lokasi di Amerika Syarikat.
ANERA merupakan organisasi yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Palestin di Amerika Syarikat. Mereka juga menyediakan latihan perguruan dan sekolah bagi rakyat Palestin dan Lubnan. Terkini, mereka juga memberikan bantuan kepada 18,000 penduduk Gaza yang menderita akibat tindakan rejim zionis.
Selain Swift dan Gomez, pelakon siri drama terkenal The Queen’s Gambit, Anya Taylor-Joy turut hadir di acara tersebut