Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 31, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sepanjang 24 Tahun Dalam Industri, Saya Tak Pernah Dapat Sokongan Macam Ini’...

    ‘Sepanjang 24 Tahun Dalam Industri, Saya Tak Pernah Dapat Sokongan Macam Ini’ – Fairuz Selamat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Fairuz Selamat memberitahu dia reda apabila tersingkir daripada program Gegar Vaganza, Ahad lalu.

    Bukan ‘anak emas’

    Menerusi temu bual bersama , Fairuz berkata, penyingkirannya di program tersebut telah menamatkan spekulasi bahawa dia bukanlah ‘anak emas’ stesen televisyen tersebut.

    Saya menamatkan kemarau soalan itu, dimana saya bukan anak emas Astro. Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program tv ia bermain dengan banyak perkara.

    Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad rezeki saya sampai disitu sahaja.

    Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di kedudukan dua terbawah ramai yang mengharapkan saya keluar, nah amik sekarang saya sudah pun tersingkir.

    Rasa sedih hampakan peminat

    Tambah Fairuz, dia cuma berasa sedikit ralat kerana gagal memenuhi impian peminatnya yang mahu melihatnya di pentas akhir.

    Saya rasa sedih sebab sepanjang 24 tahun bergelar anak seni, saya belum pernah menerima sokongan peminat seperti itu. Gegar Vaganza ini adalah pertandingan akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas kalau bukan saya mesti orang lain dan kalau bukan orang lain mungkin saya yang tersingkir.

    Jadi saya tak sedih sangat saya keluar cuma apa yang buat saya sedih apabila saya tak pernah dapat sokongan yang diberikan semasa GV sepanjang 24 tahun. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakan saya makanan, itu yang buat saya ralat.

    Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final, macam saya masuk bertanding kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final lepas ni mereka nak buat apa.

    ALSO READ:  ‘Circle Bella Astillah Sangat Toksik, Jangan Percaya Orang Sekeliling’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts