Nama pelakon, Jay Iswazir menjadi bualan ramai selepas isterinya yang juga pelakon, Azzahra Ahmad membuat pendedahan mengejutkan mengenai Jay sepanjang 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga sejak 2022.
Dimaki Hamun Pada Awal Perkahwinan
Dedah Azzahra menerusi hantaran di Insta Stories, Jay Iswazir pernah memaksanya untuk menggugurkan bayi mereka di dalam kandungan selain dibelasah dan dimaki hamun pada awal perkahwinan.
“Ya orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau baru 2 tahun lebih dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke korang wahai wanita andai baru kahwin 3 bulan pun dah makan maki hamun kena belasah dengan laki korang?
Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau macam tu. Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup, aku tak buat report polis atas kau Ahmad Iswazir.”-dedah Azzahra di Insta Stories
“Tolong La Jangan Tertipu Dengan Lakonan Dia…”
Tambahnya lagi karakter baran lakonan bekas suaminya itu adalah sikap sebenar yang dia harus hadap sepanjang perkahwinan mereka, biarpun sikap Jay di hadapan rakan-rakan merupakan seorang yang kelakar.
“Karakter lakonan kau tu adalah the REAL YOU yang aku sebagai isteri kau dulu kena hadap. Depan kawan-kawan kau gambarkan diri kau seorang yang kelakar, happy go lucky tapi yang ngadap baran kau, psiko kau kat rumah adalah aku.
Sekarang ni di kala aku masih dalam iddah pun kau masih ada hati nak cari mangsa baru. Please la jangan tertipu dengan lakonan dia, kalau tak nak hidup korang pun hancur macam aku.”-tulis Azzahra lagi
Sekadar info, Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada November lalu selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga.
Apa komen anda?