Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sepatutnya Saya Nak Bagi Lagu Nadi Dekat Haqiem Rusli Atau Naim Daniel,...

    ‘Sepatutnya Saya Nak Bagi Lagu Nadi Dekat Haqiem Rusli Atau Naim Daniel, Tapi…’ – Yonnyboii

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Yonnyboii meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan gitaris kumpulan Barbarik iaitu Jo Branko dalam projek terbarunya iaitu ‘Nadi’.

    Artikel berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’

    Artikel berkaitan: Yonnyboii Bersihkan Nama Isteri, Kenyataan Tentang Pakaian Seksi Bukan Nazira Tulis – ‘Dia Hanya Repost’

    Mahu buat eksperimen

    Ketika ditemui baru-baru ini, Yonnyboii berkata, ‘Nadi’ merupakan lagu lama yang ditulis olehnya sendiri. Tambah Yonny, dia mahu memberikan lagu tersebut kepada Haqiem Rusli ataupun Naim Daniel pada awalnya.

    Sebenarnya lagu ini dah lama dan dia versi akustik. Saya nak bagi dekat Haqiem Rusli atau Naim Daniel. Tapi rasa tak sampai hati nak bagi dekat mereka pula. Saya rasa sayang. Lagipun tahun ini saya rasa nak menyanyi dan cuba genre balada pula.

    Tukar muzik pada waktu sekarang sangat sesuai. Orang akan nampak lain daripada yang lain.

    Tambah Yonny, Nadi merupakan pengalaman peribadinya sendiri dan dia mahu berkongsi perasaan yang sama dengan orang di luar sana.

    Saya mahu Nadi ini dirasa secara peribadi dalam hati pendengar. Kerana lagu ini saya tulis mengenai bagaimana saya berdepan keresahan dan ketakutan apabila berjumpa dengan orang baharu.

    Saya bimbang dan segan mahu meminta pertolongan daripada sesiapa. Saya mahu mereka yang berdepan situasi serupa dapat bangkitkan kekuatan dalam diri untuk menanganinya.

    Paling istimewa, bapa kepada seorang cahaya mata ini berpeluang bergandingan dengan gitaris kumpulan Barbarik iaitu Jo Branko.

    Jobranko jugalah sebenarnya menjadi kekuatan terpenting dalam Nadi. Mainan gitarnya menghidupkan lagi lagu ini dan membawanya ke tahap tersendiri. Saya bangga apabila gabungan ini tercipta daripada dua generasi berbeza.

    Dalam pada itu, Jobranko meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang beraksi dengan bakat muda seperti Yonny.

    Sebenarnya kolaborasi ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan. Secara jujurnya, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam lagu Nadi dengan Yonnyboii.

    Saya sangat menghargai kerana artis muda masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama- sama. Saya mahu berterima kasih kepada producer Amy Bong, semua warga Universal Music Malaysia termasuk team Yonnyboii untuk kolaborasi ini.

    Disoal mengenai pengalaman bekerjasama dengan Yonny, Jo menjawab ia satu pengalaman yang menyeronokka.

    Yonny antara artis yang menonjol dalam kalangan penyanyi baharu. Dia punya lagu lain sedikit. Dia ada bakat. Kalau kita tahu kebanyakan rapper tak boleh menyanyi kalau ada melodi, tetapi dia boleh. Lagi satu perkara, dia boleh buat lagu dan lirik juga. Dia seorang yang bekerja keras, Saya tahu kejayaan dia pasti ada pengorbanan,

    Kali pertama saya dengar lagu ini, saya terus kata sangat sesuai dengan telinga pendengar orang Melayu. Saya perlu buat lagu ini nampak lebih gempak sahaja.

    Tambah Jo, dia tidak pernah berjumpa dengan Yonny sebelum kolaborasi lagu ‘Nadi’ ini. Jelasnya lagi, mereka berjumpa pertama kali ketika menjayakan sesi penggambaran muzik video lagu tersebut.

    ALSO READ:  “Awak Ingat Buat Bisnes Itu Mudah?”-Tyra Kamaruzzaman Bidas Komen Netizen Kritik Suami?

    Sekadar info, ‘Nadi’ sudah dilancarkan sejak dua bulan yang lalu. Setakat hari ini, lagu tersebut sudah meraih 223k jumlah tontonan di Youtube.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts