Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSepiring Memperkenalkan Menu Baharu ‘Selera Penang’ Untuk Dinikmati Bersama!

    Sepiring Memperkenalkan Menu Baharu ‘Selera Penang’ Untuk Dinikmati Bersama!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ada yang mengidam Mee Udang Penang tetapi tidak berkesempatan lagi untuk ke Penang?

    Singgahlah Sepiring, sebuah restoran tempatan yang digemari ramai dan diperakui Halal yang terkenal dengan hidangan tempatan yang menggamit selera.

    Mulai hari ini sehingga 15 September 2024, Sepiring menyediakan menu baharu iaitu Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float yang menjanjikan kepuasan tidak terhingga dan keenakan perisa tradisional yang luar biasa!

    Selain hidangan kegemaran rakyat tempatan yang tersedia di Sepiring seperti Laksa Penang, Pasembur, dan Rojak Penang, menu terbaharu ini akan menyempurnakan lagi pengalaman makan dengan setiap suapan! Dedikasi Sepiring untuk menawarkan hidangan asli Penang berasal daripada keinginan mereka untuk berkongsi cita rasa sebenar salah satu destinasi kulinari yang terkenal di Malaysia.

    Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Sepiring Café Sdn Bhd, berkongsi bahawa, perisa turun-temurun Negeri utara tersebut sudah pun disempurnakan, dan oleh itu, Sepiring berhasrat untuk memastikan pelanggan dapat benar-benar menikmati keenakan hidangan Penang tanpa risau tentang kualiti hidangan.

    “Kami memilih untuk menyediakan aneka jenis makanan Penang yang menyelerakan kerana ia sangat digemari ramai dan kepelbagaiannya mencerminkan budaya negara kita yang kaya dan warna-warni.” kata Kah Yong.

    “Sejajar dengan tradisi kami untuk menyediakan kepelbagaian cita rasa Malaysia, kami berbesar hati untuk memperkenalkan menu terbaharu kami, Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float di Sepiring.”

    “Pasukan kami telah bertungkus lumus menghasilkan Resepi yang bersandarkan warisan tradisional dengan kelainan yang moden untuk dinikmati pelanggan.”-Tambahnya

    Hidangan masa terhad ini juga akan disertakan dengan Pasembur, yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran, makanan laut, yang dihidang bersama kuah kacang; Rojak Penang yang merupakan makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah rojak; Laksa Penang, sajian berkuah yang masam dan pedas; dan Cendol Sagu, pencuci mulut yang menyegarkan dengan agar-agar tepung beras berperisa pandan dengan sirap gula melaka.

    ALSO READ:  Misteri Kehilangan Penyanyi Nidza Afham, Bapa Aufahanie Laung Azan Di Jambatan Sungai Klang

    Sepiring bertekad untuk menyediakan pengalaman makan yang sempurna dengan standard kualiti yang tertinggi. Dengan lapan buah cawangan di Lembah Klang, Sepiring melayani ribuan pelanggan dengan menunya yang pelbagai mengikut Negeri, termasuk Dulang Warisan Timur yang menampilkan masakan tradisi orang Kelantan, Dulang Warisan Selatan yang menampilkan masakan tradisi orang Johor, dan Dulang Omak Den yang menampilkan masakan tradisi orang Negeri Sembilan. Menu mereka turut menampilkan makanan kegemaran rakyat tempatan yang popular seperti Nasi Pandan dengan Ayam Berempah, Laksa Kari, Nasi Ulam Nyonya dengan Ayam Percik, dan banyak lagi.

    Kini dengan pelancaran Uniquely Rasa Penang, Sepiring sekali lagi bersedia untuk menyediakan hidangan yang pasti menggamit cita rasa para pelanggan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati selera Penang di keselesaan rumah anda atau kunjungi cawangan Sepiring terdekat dan nikmati sajian baharu yang istimewa ini!

    Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai Sepiring, sila layari laman web rasmi mereka di atau ikuti Facebook ( atau Instagram mereka (



    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts