Gara-gara tidak berpuas hati dirinya selalu diejek, seorang pemuda di Bengkulu, Indonesia bertindak ganas apabila menyerang penduduk di kampungnya dengan menggunakan sebilah pedang.
Diejek berpewatakan wanita
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan portal Serambi News, kejadian tersebut telah menyebabkan seorang penduduk kampung maut manakala tiga lagi mengalami cedera parah.
Lebih menyeramkan ialah, pemuda yang dikenali sebagai RZ itu turut menghisap darah mangsa yang maut tersebut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang, AKP Sujud Alif tampil mengesahkan kejadian itu dan pihaknya berjaya menahan suspek selepas berunding dengannya.
Suspek telah berjaya ditahan selepas berunding dengan pihak polis. Walau bagaimanapun kami masih menyiasat motif sebenar serangan yang dilakukannya.
Sementara itu, RZ tampil mengakui kesilapannya berbuat demikian dan menjelaskan bahawa dirinya menyerang penduduk kampung kerana tidak tahan selalu diejek.
Mereka mengejek saya berpewatakan seperti seorang wanita.
Sebelum saya melakukan serangan, saya memberikan amaran kepada mereka itu tidak terus-menerus mengejek saya. Namun mereka tidak mempedulikannya.
RZ turut mendakwa dirinya seakan terdengar bisikan yang memintanya untuk menghisap darah mangsa yang telah mati.