Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Sering Belajar Minat Penonton”- iQiyi Malaysia Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2025 di...

    “Sering Belajar Minat Penonton”- iQiyi Malaysia Kongsi Rancangan Mereka Untuk 2025 di iQiyi International: 2025 Grand Reveal !

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Minggu lalu, MURAI berkesempatan untuk pergi ke Singapura untuk menghadiri Asia TV Forums & Markets (ATF) dibawah iQiyi. Bersama dengan platform penstriman atas talian ini, mereka memperkenalkan iQiyi International: 2025 Grand Reveal. Kalau sudah antarabangsa, mestilah Malaysia turut terlibat, kan? Jadi MURAI hadir untuk ketahui apakah rancangan iQiyi untuk konten Malaysia pada tahun 2025!

    Acara ini berlangsung pada 4 Disember di Sands Expo & Convention Centre (SECC), Marina Bay Sands. Ketika itu, hanya MURAI sahaja wartawan dari media tempatan Melayu!

    Acara ini dihoskan oleh Kelvin Yau, Naib Presiden Global Markets, Partnership & Investments iQiyi. Sesi iQiyi Malaysia disertai oleh Zebedee Ernest De Chou, Ketua Kandungan Original iQiyi Malaysia dan Syamin Yusof, Produser dan CEO Skop Productions Sdn. Bhd.

    Acara ini dihoskan oleh Kelvin Yau, Naib Presiden Global Markets, Partnership & Investments iQiyi. Sesi iQiyi Malaysia disertai oleh Zebedee Ernest De Chou, Ketua Kandungan Original iQiyi Malaysia dan Syamin Yusof, Produser dan CEO Skop Productions Sdn. Bhd.

    Ketika acara ini berlangsung, Zebedee dan Syamin banyak berkongsi perjalanan dan proses iQiyi dalam menghasilkan karya yang memenuhi minat penonton dari Malaysia. Seperti cerita Senyawa yang dikeluarkan pada tahun 2024, banyak hal yang harus dititikberatkan untuk menjanjikan tahun 2025 sebagai tahun terbaik iQiyi.

    Menurut Zebedee, yang menjadi fokus utama iQiyi adalah untuk menambahbaik standard dan harapan penonton tempatan.

    “Saya percaya kita telah merapatkan jurang antara kebiasaan kandungan tradisional dengan kandungan moden,”- ucapnya. “Saya rasa ia menolong industri hiburan Malaysia dalam memastikan cerita kita dapat bersaing secara antarabangsa.”

    Tambahannya lagi, Zebedee ingin mewujudkan karya yang tidak hanya berbeza daripada yang lain, namun juga mempunyai sifat yang dekat dengan hati rakyat Malaysia sehingga mereka tertarik untuk terus menggunakan platform iQiyi dan mencari hiburan dengan konten iQiyi.

    Syamin, CEO Skop Productions Sdn Bhd. berkata bahawa untuk menghasilkan karya yang dekat dengan hati penonton, penting untuk pengkarya memahami isi hati dan minda penonton. Genre, jenis cerita, alur cerita yang mudah difahami penonton dan juga menyentuh isu-isu penting, serta mencampurkan kandungan yang familiar dan sering dilihat, seperti romantik dan keluarga.

    “Seperti filem Sheriff yang pecah panggung pada tahun ini, secara tidak langsung, filem ini menjadi peranan utama dalam proses iQiyi untuk terus belajar genre dan jenis filem yang menjadi kesukaan penonton. Kami ingin terus menaikkan standard dan kualiti kandungan yang dipaparkan,” ucap Syamin.

    “Kami ingin terus menaikkan standard dan kualiti kandungan, kerana menurut saya, hal yang paling utama ialah memastikan penonton berpuas hati dengan kandungan dalam iQiyi.”

    Seperti yang kita tahu, penonton di Malaysia cenderung dalam menonton drama televisyen berbanding servis OTT (over-the-top service) ataupun pawagam. Peralihan daripada drama televisyen kepada platform penstriman atas talian perlahan-lahan menjadi lebih besar semenjak pandemik COVID-19, Zebedee dan Syamin telah berkongsi cara iQiyi mengekalkan penonton mereka untuk terus menikmati kandungan iQiyi.

    ALSO READ:  “Ibu bapa Dan Cikgu-Cikgu Yang Stres”- Rita Rudaini Tak Setuju Mansuh UPSR dan PT3, Akui Ianya Merepek

    Kata Zebedee, trend dan genre yang disuguhkan oleh OTT senantiasa berubah kerana OTT dibentuk untuk penonton golongan muda, seperti kanak-kanak sehingga remaja. Golongan ini juga cenderung dalam menggunakan media sosial dan mendapat kandungan digital baharu hari demi hari, maka dalam iQiyi, mereka memilih untuk menggunakan media sosial sebagai bahan rujukan utama.

    “Yang paling penting adalah untuk sentiasa memberikan kandungan dan topik yang baharu. Mungkin kerana itu, sejak lima tahun yang lepas, kami semakin berani untuk mencuba hal-hal baharu dan memperbanyakkan genre kami, seperti menggunakan budaya Melayu dalam penceritaan,” tutup Syamin.

    Artikel disediakan oleh: Aliah Batrisya

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts