Suami kepada pempengaruh Nur Afilah Amir Rusdi iaitu Adama Muhamed Camara tampil menjawab dakwaan netizen mengenai pekerjaan yang dilakukan olehnya selama ini.
Betul ke meniaga madu?
Di TikTok, seorang individu meluahkan rasa curiga apabila melihat gaya hidup Adama dan Fila di media sosial. Lebih mencuri perhatian, individu tersebut tidak percaya Adama mampu memperoleh pendapatan yang lumayan menerusi perniagaan menjual madu.
Lebih teruk, individu itu turut mendakwa Adama melakukan pekerjaan yang tidak baik untuk meneruskan kehidupan.
Susulan daripada itu, Adama tampil memuat naik sebuah video beserta penjelasan mengenai pekerjaan yang dilakukan olehnya.
Menurut Adama, dia turut melakukan perniagaan mengeksport barang dari Malaysia ke negaranya.
Sebagai majikan, Adama berkata, dia tetap membantu kesemua pekerjanya apabila proses mengeksport barang dilakukan.
Orang selalu cakap suami Fila orang Afrika ada kerja ke? Mesti ada. Saya eksport barang dari Malaysia ke negara saya (Guinea, Afrika Barat). Saya ada kedai dekat sana.
Okay macam ini, ini antara barang yang masuk dalam kontena (video). Set bilik, meja makan, barangan elektrik, set sofa dan lain-lain lagi. Walaupun saya majikan, saya tetap buat kerja dan tolong pekerja.
Sebab ini bisnes saya. Kalau saya tak gigih, kenapa orang lain nak gigih untuk bisnes saya. Tak boleh bazir wang. Alhamdulillah, dulu setahun tiga kontena. Sekarang ini, tiga bulan sekali tiga kontena. Penat tapi puas hati.
Video
@adama_mc ? original sound – FILA & ADAMA – ADAMA CAMARA