Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSering Lakukan Diet Ekstrem, Britney Spears Disenaraikan Sebagai Selebriti Hollywood Bau Mulut...

    Sering Lakukan Diet Ekstrem, Britney Spears Disenaraikan Sebagai Selebriti Hollywood Bau Mulut Paling Busuk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nafas atau mulut berbau sering dikaitkan berpunca daripada penyakit oral seperti mulut kering dan jangkitan di dalam rongga dan gigi.

    Lazimnya, pada waktu pagi dan ketika berpuasa mulut akan lebih mudah berbau kerana kerana keadaan mulut kering.

    Mulut kering boleh disebabkan oleh pengeluaran air liur yang kurang, membuatkan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut selepas makan tidak dapat dibersihkan secara neutral dan optimum.

    Akhirnya, terdapat peningkatan pengumpulan makanan dan proses penggunaan sisa makanan oleh kuman terdapat di dalam mulut.

    Pada masa sama, sejenis rembesan yang dikenali sebagai keton, iaitu bahan buangan daripada penghasilan sumber tenaga yang terhasil oleh hati akibat ketiadaan glukos di dalam badan boleh menyebabkan mulut bau.

    Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang berpuasa atau tidak makan untuk satu jangka masa yang lama.

    Berbahas soal ini, menurut sebuah sumber laporan portal, bintang pop terkenal dunia, Britney Spears disenaraikan sebagai antara selebriti Hollywood yang memiliki bau mulut paling busuk.

    Perkara tersebut didedahkan portal hiburan, PopCrush. 

    Dalam laporan portal berkenaan, penyanyi berusia 41 tahun itu dikatakan mempunyai masalah nafas berbau kerana mengamalkan diet tidak sihat.

    “Spears mempunyai masalah bau mulut kerana menjalani diet ekstrem untuk memastikan penampilannya kelihatan sempurna di hadapan kamera.

    “Dia memiliki bentuk tubuh menawan, namun orang di sekelilingnya sering mengeluh kerana mulutnya berbau,” kata laporan tersebut.

    Sumber terdekat pelantun lagu Toxic itu memberitahu, mulut Spears akan kembali berbau walaupun selepas 10 minit selepas selesai memberus gigi.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts