Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSering Mimpi Aneh Menyuruh Bunuh Diri, Syada Amzah Dedah Pernah Alami Kemurungan...

    Sering Mimpi Aneh Menyuruh Bunuh Diri, Syada Amzah Dedah Pernah Alami Kemurungan Hingga Kurung Diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di dalam beberapa tahun ini, terdapat banyak liputan mengenai kesihatan mental dan penyakit mental di media sosial.

    Ini merupakan satu perkembangan positif di mana kesihatan mental kini mula mendapat perhatian ramai berbanding sebelum ini.

    Kemurungan yang didiagnosis secara klinikal bukanlah perasaan sedih biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian seseorang individu.

    Bahkan, penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.

    Yang membuat Syada Amzah mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemurungan beberapa tahun lalu dan memilih untuk berkurung dalam bilik selama berminggu-minggu kerana hilang semangat.

    Syada atau nama penuhnya, Nursyuhada Amir Amzah berkata, disebabkan terlalu banyak berfikir dia turut mengalami mimpi aneh mengenai kematian seakan-akan memberi idea bagaimana cara mengakhiri hidup.

    Dalam hantaran yang dimuat naik Syada dalam Instagram miliknya, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu sekadar berkongsi masalah yang pernah dilaluinya dan mahu membantu individu lain yang berdepan situasi serupa.

    “Saya sebenarnya hairan apabila ada individu yang ‘mencabut nyawa sendiri’ dan menyakiti diri mereka.

    Beberapa tahun lalu, saya diuji dengan kemurungan, kurung diri berminggu-minggu, tidak bermaya dan sentiasa rasa kurang bemotivasi. Banyak sangat berfikir, sampai terbawa-bawa dalam mimpi cara saya meninggal dunia.

    “Mimpi itu berlarutan selama berbulan-bulan, seolah-olah memberi idea kepada saya cara mengakhiri hidup,” kongsinya.

    Penyanyi berusia 26 itu bagaimanapuan berkata, dia tidak mendapatkan bantuan pakar kerana enggan terlalu bergantung dengan rawatan sebaliknya berusaha mengawal dan melawan sendiri masalah yang dialaminya.

    Kata Syada, rajin bertanya khabar dan sudi mendengar luahan hati antara pendekatan terbaik bagi membantu mereka yang sedang berdepan masalah kemurungan.

    “Mungkin kamu boleh rajin bertanya khabar. Kalau ada masa lebih, dengarlah luahan hatinya, apa yang mengganggu dia. Biar dia rasa lega.

    Pada masa yang sama, Syada mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat mengadili mereka yang bergelut dengan masalah kemurungan.

    “Mungkin betul dan mungkin juga salah. Walau serapat mana kita dengannya, jangan sesekali berkata begitu. Harap membantu,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts