Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSering Terima Kiriman Mesej Berbaur Gangguan Seksual Di Media Sosial, Diana Danielle...

    Sering Terima Kiriman Mesej Berbaur Gangguan Seksual Di Media Sosial, Diana Danielle Ingatkan Netizen ‘Malaysia Ada Akta’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur gangguan seksual di akaun media sosial miliknya.

    Artikel berkaitan: ‘You Pun Lebih Kurang Je’ – Diana Danielle Hairan Sikap Netizen Suka Menegur, Amalan Jaga Tepi Kain Sudah Jadi Penyakit

    Artikel berkaitan: Diana Danielle Persoal Istilah ‘Muslim-Friendly’ Di Restoran – ‘Saya Nampak Digunakan Untuk Menarik Orang Muslim Datang…’

    Boleh dikenakan tindakan

    Menerusi hantaran di Instagram, Diana bagaimanapun enggan berkongsi maklumat tentang individu tersebut namun terpanggil untuk memberi pesanan bahawa mesej-mesej lucah seperti itu boleh dikenakan tindakan.

    Tambah Diana menerusi hantaran yang lain, terdapat akta yang boleh melindungi orang awam daripada diganggu dan dihendap individu yang tidak dikenali malah menerusi media sosial.

    Macam yang saya beritahu tak ada beza kalau awak berkata-kata atau hantar mesej di media sosial dengan bila bercakap secara berdepan sebab gangguan seksual tetap gangguan seksual. Dan perkara itu boleh digunakan terhadap awak.

    Jadi bila awak tengok gambar atau tengok apa yang seseorang sedang lakukan dan rasa macam nak hantar mesej yang pelik-pelik atau ada mesej ugutan, benda seperti itu boleh digunakan terhadap awak jadi berhati-hati.

    Saya maklumkan ini bukan untuk saya ambil tindakan tapi yang menariknya ramai yang tak tahu pasal perkara ini. Jadi, kena berhati-hati.

    Berikutan daripada itu, Diana menggesa orang ramai mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka menjadi mangsa gangguan seksual.

    Kalau awak rasa dalam bahaya dan ada orang yang ‘stalking’ awak atau selalu hantar mesej yang pelik-pelik, awak boleh bawa perkara ini ke pihak polis.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts