Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Serlahkan Pesonamu, Utamakan Kesejahteraanmu’ – guardian Lancar Visi Baharu Penuh Inspirasi!

    ‘Serlahkan Pesonamu, Utamakan Kesejahteraanmu’ – guardian Lancar Visi Baharu Penuh Inspirasi!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    guardian Malaysia sekali lagi mencuri perhatian dengan kempen jenama terbaru mereka yang penuh inspirasi. Kali ini, mereka menyeru rakyat Malaysia untuk lebih menghargai diri sendiri dan mengutamakan kesejahteraan dengan tema “Serlahkan Pesonamu. Utamakan Kesejahteraanmu.”

    Kempen ni memang betul-betul kena dengan jiwa rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Bayangkan satu gerakan di mana semua orang rasa bangga dengan siapa mereka dan perjalanan kesejahteraan masing-masing.

    Inspirasi di sebalik “Serlahkan Pesonamu”

    Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkongsi, “Kekuatan “Serlahkan pesonamu.  Utamakan kesejahteraanmu.” terletak pada perkataan ‘Serlahkan‘.  Ia adalah tentang kuasa yang dimiliki oleh setiap daripada kita untuk mendefinisikan kecantikan kita sendiri, kesejahteraan kita, dan benar-benar menguasainya. 

    Ini lebih daripada sekadar kempen; ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa, dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan,” tambahnya.

    Selama 57 tahun, guardian telah menjadi jenama tempatan yang dipercayai oleh generasi rakyat Malaysia. Jadi, tak hairanlah mereka memahami keperluan rakyat Malaysia dalam aspek kesihatan dan kecantikan.

    Video terbaru guardian – raikan keindahan dalam setiap detik kehidupan seharian.

    Dalam kempen ni, guardian mempersembahkan video baharu yang memang menyentuh perasaan.

    Namun, ini bukan sekadar video biasa, tetapi guardian mengajak kita semua menghargai kesejahteraan diri, bangkit mengatasi cabaran hidup, dan menerima keunikan serta kecantikan diri masing-masing.

    Selama ini, guardian telah menjadi teman setia di setiap langkah perjalanan – daripada generasi datuk dan nenek kita, hingga ke hari ini. Komitmen ini akan terus kekal, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat, indah, dan bermakna.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Korang Nak Kata Saya Tunggang Isu Abang Bas, Silakan’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam, Hanya Mahu Berikan Kesedaran

    guardian lancar logo baharu di acara media epik!

    Kredit: The Sun

    Yang paling mencuri tumpuan, pelancaran kempen ini turut menampilkan visual yang mengagumkan di layar LED Pavilion KL! Memang next level lah guardian!

    Korang boleh lihat sorotan acara tersebut di bawah:

     

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by guardian Malaysia (@guardianmy)

    Dalam acara media eksklusif ini juga, guardian Malaysia telah melancarkan logo baharu mereka yang diberi nafas baru dengan reka bentuk ‘g’ yang lebih sleek dan moden, di mana para tetamu berpeluang melihat sendiri komitmen guardian dalam mentransformasikan dunia penjagaan diri rakyat Malaysia.

    Logo berbentuk reben beralun ini melambangkan hubungan erat dan mendalam antara guardian dan pelanggan mereka.

    guardian turut memperkenalkan six stunning visuals yang mewakili pelbagai kategori kesihatan dan kecantikan di stor mereka. Visual-visual ini direka khas untuk memenuhi keperluan penjagaan diri setiap individu, sambil memberi inspirasi kepada semua untuk “Serlahkan Pesonamu. Utamakan Kesejahteraanmu.” dengan cara tersendiri.

    Jelas Priscilla, “Dengan kempen “Serlahkan pesonamu.  Utamakan kesejahteraanmu.”, kami komited untuk menyokong perjalanan setiap individu untuk menjadi versi terbaik diri mereka, dengan cara mereka sendiri.”

    guardian mengajak setiap rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berani dalam perjalanan mereka menuju kehidupan yang lebih baik – untuk kelihatan hebat, merasa luar biasa, dan menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

    Jadi, tunggu apa lagi? Mulai hari ini, “Serlahkan Pesonamu. Utamakan Kesejahteraanmu.” Kerana kita semua layak untuk kelihatan, merasa, dan menjalani hidup dengan lebih baik!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts