Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSeronok Melihat Rakan Selebriti, Iqram Dinzly Mahu Zuriat Yang Mampu Menjadi Penyambung...

    Seronok Melihat Rakan Selebriti, Iqram Dinzly Mahu Zuriat Yang Mampu Menjadi Penyambung Legasinya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Iqram Dinzly yang sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila beberapa hantarannya di media sosial menajdi perhatian.

    Mahu Menamatkan Zaman Bujang

    via Gempak

    Terbaru, Iqram Dinzly ada buat pengakuan bahawa dia teringin untuk menamatkan zaman bujang selepas melihat rakan seperjuangannya dalam industri seni sudah berkeluarga.

    Menurut HMetro, Iqram yang berumur 43 ketika ini berkata, dia berharap dapat memiliki zuriat yang mampu menjadi penyambung legasi dirinya.

    Saya nak tengok zuriat saya, lagi-lagi bila saya tengok rakan-rakan selebriti seperti Rozita Che Wan, Awal Ashaari dan ramai lagi sudah ada anak.

    Bila saya tengok mereka mempunyai warisan dan legasi, saya juga nak lihat kesinambungan legasi saya sendiri.

    Mahu Membahagiakan Ibu

    via Instagram Iqram Dinzly

    Malah menurut Iqram lagi, walaupun sudah berusia, dia masih tidak mencari pasangan hidup kerana mahu membahagiakan ibu tercinta.

    Saya cakap terus terang, dalam hati saya buat masa ini hanya mama (ibu) saja yang ada dalam fikirkan.

    Selama ini saya rasa tak mampu nak bahagiakan dia. Jadi bagi ruang kepada saya untuk fikirkan kebahagiaan mama dulu, baru fikirkan berkenaan isteri dan anak-anak.

    Malah Iqram juga akur bahawa dirinya sekarang ini mahu mencari individu yang boleh bersama-sama membimbingnya ke arah yang lebih baik.

    Saya tidak sempurna, jadi kena cari orang yang boleh membimbing saya yang nakal ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan diri saya yang dulu, itu lagi teruk.

    Ditanya mengenai ciri wanita idaman, Iqram berkata, dia tidak mencari kesempurnaan sebaliknya mampu mengingatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts